Assalamu'alaikum,
- Ilmu diwariskan oleh para Nabi and Harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.
- Ilmu bertambah bila digunakan manakala Harta kekayaan berkurangan apabila dibelanjakan, kecuali Harta yang dimanfaatkan ke jalan Allah.
- Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala Harta perlu dilindungi oleh pemiliknya.
- Ilmu dan Harta dimiliki oleh orang beriman atau tidak beriman, tetapi yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya Ilmu yang dimiliki oleh orang beriman.
- Ilmu dan Amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.
- Manusia sentiase memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tak selalunya diperlukan oleh masyarakat.
- Ilmu yang dimanfaatkan dapat menemani hingga ke liang lahad, Harta akan segera terpisah daripada si empunya setelah roh meninggalkan jasadnya.
Itulah yang dikatakan dengan kelebihan Ilmu. so, janganlah kita berhenti untuk mencari Ilmu.. same ada Ilmu dunia mahupun Ilmu akhirat dan biarkan ianya seimbang, Jangan hanye tumpu pada satu sahaja. okay darlings !! ~ Terima Kasih sudi membaca dan Selamat Beramal ~
Jumpa lagi, byebye.
Jumpa lagi, byebye.
No comments:
Post a Comment