Assalamu'alaikum
aku nie nak kate rajin sangat tu taklah jugak, malas tu pon ade mase jugak .. hikhikhik, bila aku dah balik rumah tu. haaaahh, breakfast aku dekat-dekat lunch hour gitu lah selagi tak memekik mama kejut suruh bangun. kalau dan mama dah start bebel sebab aku tak turun-turun lagi bile dia kejut, siap lah kau kena tadah telinga sebesar periuk belanga tu. so, before mama start die punye hujjah nak bebel tu cepat-cepat je aku jawab balik "dah bangun nie, nanti ieya turun". kekekeek. Whatever pon yang mama bebel or marah tu, i know you love me ^_^ hehehhee, marah tanda sayang. Mama sayang aku lah die buat macam tu.
bile mama dah balik dari beli lauk die nak masak, when die bukak peti sejok tu and die tengok ruang tempat barang die tu penuh dengan barang yang aku beli kononnye aku nak masak lah, tapi tak terbuat lagi.. hehehehehe. maka akan kedengaran lah suara mama ku sayang yang nyaring dengan volume full tu dilontarkan pada aku. "Nabiiiilllaaaaaaaa" .. "yesss maaaa, datang datang, kejup" *imagine kan. aku dengan berlarinye turun bawah sebelum lagi kuat volume mama. 'nie barang kamu beli tu bile nak masaknye? kalau membeli tu bukan main banyak macam hari-hari nak masak' 'errr.. okey2, petang karang ieya masaklah eak' 'hah masaklah makan malam karang..asek mengadap laptop je, baik tolong mama masak lagi bagus. boleh mama releks sikit' 'okeyh ma'.
dengan itu, terbitlah entry untuk resepi Dumping Ayam Kukus nie.....
# untuk kulit dumpling tu aku pakai yang dah siap jual kat pasaraya je.
Bahan Inti :
1/2 daripada 1 paket daging ayam kisar
1 biji bawang besar (yang sedang-sedang je)
1 biji tomato (nak letak lebih pon boleh)\
1/2 dari sebiji carrot
5 batang kacang buncis
2 sudu olive oil
2 sudu sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam dan serbuk chili (isi ikot selera sendiri)
Garam dan gula secukup rasa
# semua bahan sayur tu dipotong dadu or cincang-cincang bagi halus.
Cara-cara masak inti :
- Masukkan 2 sudu olive oil and tumiskan bawang besar yang sudah di potong dadu tadi sehingga warne die bertukar kekuningan.
- Kemudian masukkan daging ayam cincang tadi dan tumis hingga masak daging tersebut. isikan sedikit air agak-agak tak nak bagi melekat dekat kuali je.
- Apabila ayam dah nampak masak masukkan sayur (tomato, carrot and kacang buncis yang dicincang tadi).
- Masukkan pula 2 sudu sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Yang terakhir taburkan serbuk lada hitam dan serbuk chili ikot atas selera masing-masing nak pedas or tidak (lagi sedap kalau guna sos lada hitam).
*dan siaplah inti untuk dumpling tu....
sekarang nak bungkus Dumpling tu pulak...
nie dumpling pasrty yang aku gunakan, aku beli kat Tesco je |
Cara Bungkus Dumping :
- Ambil sekeping dumpling pastry and letakkan dekat tapak tangan. kemudian ambil 1 sudu inti ayam yang dah di masak tadi letak kat tengah-tengah pastry tu.
- Then kelim tepi - tepi dia macam nak buat karipap tu and pastikan dumpling pastry tu lekat betul supaye die tak terbuka bila di kukus nanti.
- Boleh jugak bungkuskan macam bentuk sup bunjut tu.. ikot diri korang rase senang nak buat macam mane. sebab korang boleh buat bentuk ape je atas kreativiti sendiri.
Panaskan periuk kukus supaya senang lepas korang siap bungkus semua dumpling tu boleh terus susun dalam periuk kukus tu. Pastikan air die dah menggelegak bile korang nak kukus dumpling tu. kukuskan selama 5-10 minit sahaja dan sedia untuk dihidangkan.
Tadaaaaa... dah siap untuk makan, nyuuumm nyuuummm....
actually aku pandai bungkus dumpling nie pon sebab aku selalu tengok dalam cite-cite korea tu..dorang masak bende-bende macam nie.. hehehehe , yang aku ingat dalam we got married KunToria dorang ade masak .. kekekek , pengaruh cite korea kuat nie !! heisshhh, okeyh dumpling dah siap and tunggu ape lagi. sila-silalah makan yee ..
*dumpling boleh jugak di rebus kalau tanak kukus .. so, ape je care yang korang suke boleh di buat.. selamat mencuba.
Thanks for reading this entry ^_^
*dumpling boleh jugak di rebus kalau tanak kukus .. so, ape je care yang korang suke boleh di buat.. selamat mencuba.
Thanks for reading this entry ^_^
Sedapnye...thanks for sharing :)
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteFind your way around the casino, 용인 출장샵 find where everything 전주 출장안마 is located, and what services are available to all 안양 출장샵 of the Harrah's Cherokee 사천 출장마사지 Casino & 순천 출장마사지 Hotel visitors.