Assalamu'alaikum,
Morningss.. semoga pagi ini membawa seribu rahmat dalam hidup kita semua dan moga-moga hari ini lebih baik dari semalam .... amiiinn.
Setiap sesuatu yang berlaku adalah mengikut kehendak Allah, setiap kehendak Allah itu pasti akan berlaku dan kehendak Allah berkait dengan hikmah yang mutlak, hikmah yang mutlak itu pula berhubung rapat dengan kebaikan yang mutlak. Hikmah itu tidak terhitung dan infiniti. Tidak semua hikmah di sebalik peristiwa itu dapat dicungkil oleh manusia kerana manusia lemah berbanding Allah s.w.t. Musibah merupakan sub set daripada ujian. Skop untuk ujian lebih umum berbanding musibah kerana nikmat dah musibah termasuk dalam ujian. Semua musibah adalah ujian dan bukan semua ujian itu musibah. Musibah bentuknya negative dan sesuatu yang tidak disukai oleh manusia. Tiada seorang pon yang akan terlepas daripada musibah di dunia ini.
Allah befirman yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal perkara itu amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah 2:216) Musibah akan terasa ringan jika menimpa kelompok yang ramai.
Terima Kasih pada yang sudi membaca.
Jumpa lagi, byebye.
No comments:
Post a Comment